Friday, January 28, 2011

Status Sekarang

Hellow korang !

Hey, semalam baru post , hari ne mau post jugak :D Okey la, seperti yang korang tahu, there's a 'Jutawan Gedik' in Berita Harian :D OH ! Mesti dapatkan sekarang juga yea ! Setiap hari Sabtu-Ahad, pergi kedai mamak, beli surat khabar & baca ! :D


Sinopsis :

Kelab Jutawan Sri Bangsar? Wow! Ekslusifnya nama kelab terbaru yang ditubuhkan di Sekolah Sri Bangsar! Membuatkan semua berbisik teruja. Mesti sertai kelab baru yang cool bunyinya!
Tidak ketinggalan sibuk mahu turut serta tentulah kumpulan The Wannababes. Yalah, siapa lagi yang layak digelar jutawan jika bukan mereka bertujuh? Mereka sememangnya tujuh pelajar paling kaya dan paling bergaya di seluruh antero sekolah. Selayaknya mereka dilantik jadi teraju utama!

Sewaktu pertemuan pertama, misi kelab diterangkan dengan lebih terperinci. Kelab Jutawan Sri Bangsar sebenarnya penjenamaan baru bagi Kelab Usahawan. Kelab yang mahu mendidik ahlinya berniaga. Berusaha sendiri mendapatkan kewangan supaya nanti boleh bergelar jutawan berjaya.

Sebaik mendengar misi bosan lagi skema itu, tujuh The Wannababes serentak bangun angkat kaki. Urgh! Mereka tidak mahu sertai Kelab Usahawan. Bosan, tidak trendi dan tidak minat mahu berniaga sendiri! Lagipun mengapa perlu bersusah-payah? Mereka sudah dilahirkan dalam keluarga kaya-raya. Tidak perlu kerja pun tidak mengapa! Tiada class jika disuruh berniaga!

Kelakuan The Wannababes membangkitkan rasa marah ahli-ahli lain. Membuatkan guru penasihat kelab itu sendiri mencabar mereka. Mesti jadi jutawan dengan usaha sendiri, bukan dengan duit ibubapa!

Kata-kata cabaran itulah memulakan segalanya. Satu tugasan diberi kepada semua. Misi mencapai RM1 juta menjadi matlamat utama. Buatlah apa cara sekalipun. Asalkan dengan usaha sendiri mencapai RM1 juta.

Maka bermulalah pengalaman lucu, kelakar dan menyedihkan dalam usaha mendapat RM1 juta. Ada yang mencari cicak bintik yang dikatakan boleh mengubat AIDS. Ada yang berniaga cupcake. Ada yang buat perkhidmatan pos surat layang Sri Bangsar. Isk! Macam-macam rupanya idea berniaga para pelajar demi mendapatkan RM1 juta.

Dan The Wannababes sendiri mahu mencapai RM1 juta dengan cara paling gedik bergaya. Mereka mahu buka salun dan spa kecantikan remaja. Mampukah mereka jadi jutawan dengan usaha mereka sendiri?

Bacalah kisah lucu gedik dunia remaja. Paling penting, dapatkan moral utama, hargai dana kewangan yang diberikan ibubapa! Ikuti nukilan AinMaisarah dalam novel bersiri Berita Harian bertajuk ‘Jutawan Gedik’


Best tak ? Mesti best kan ? Ye la, siapa penulisnya ? Kak Ain Maisarah la :) Oh, tak lupa juga, kepada pembaca AinMaisarah yang dok nun jauh di Melaka, boleh datang ke Kampung Buku Melaka . Dari 12-3 petang :)



Itu sahaja pada hari ini,

With lots of love,

Miss Eyena


Thursday, January 27, 2011

Renovate Blog !

Assalamualaikum wannababes lovers sekalian,

Apa khabar semua ? sihat ? Miss Eyena sempoii je. Hoho, sebenarnya nak kenalkan sesuatu. Nak kenal tak ? Mesti nak kenal kan ? Oklah, INTRUDUCING THE WANNABABES LOVER NEW COVER !  Ok tak ? Cantik tak ? Cantik kan ? * macam Eric Leong jap * Kali ini, header die sedikit berlainan la. No more regular². Biar tambah cartoon siket . Mwahaha  Yeah . Miss Eyena dah tak berapa nak online sangat . Jengok sini pon, kejap-kejap je. Maklomlah, kerja sekolah bertimbon-timbon ! Alahaiii .  Sekarang pon, mak Miss Eyena membebel² suroh siapkan homework . Oklah Bubye ! Meh nikmati jap pemandangan Blog TheWannababesLover yang baru.....By The Way, kalau nak tanye ape² soalan pasal Blog, boleh comment yea .



Sekian,
With lots of randoms perfumes,

Miss Eyena

Wednesday, December 8, 2010

Blog : Kini Berwajah Baru !

Hello ! Assalamualaikum !

Hehe..perasan tak persekitaran dah baru ? Cantik tak ? Hehe :) Tahu-tahu , follower Blog ni dah 76 Follower ! Memang tak dijangka :) Blog Miss Eyena pon seri dengan Blog ni Hehe..Post ni sebenornya bertujuan membodek..Miss Eyena na minta jasa baik Follower Blog ni memfollow Blog Miss Eyena..Just taip www.maniastory.blogspot.com..Senang bukan ? Wa~~ Ayat aku skema..LOL..Okela , nak out..Sebelum tu, Miss Eyena na tanya..Mana lagi cantik ? Design baru or lama ? Comment kat bawah yea !

Miss Eyena

Saturday, November 20, 2010

Sorry

Assalamualaikum readers ,

Miss Eyena meminta maaf banyak-banyak sangat sebab tidak boleh menyambung cerita . So , kepada yang ada bakat menulis , boleh messege Miss Eyena di Facebook . taip www.facebook.com/ainaamania okey ? Lagi satu , Miss Eyena nak tengah bodek niihh..hehe..Tolong follow blog Miss Eyena yek ? :) Taip www.maniaowhmania.blogspot.com

Miss Eyena rasa itu sahaja hari ini . Wassalam

P/S : Follow and Like sekali tau ! Ehehe

Miss Eyena

Sunday, October 3, 2010

Sibuk

Assalamulaikum pembaca setia blog The Wannababes Lover ,

Minta maaf banyak-banyak kerana sudah lama tidak mengupload cerita dan post. Kebelakangan ini , memang sibuk jugalah...Dah katakan rayakan..Memanglah sibuk..Dua-tiga minggu ini pulak , open house tidak putus-putus ! Seperti semalam , ada 9 buah rumah yang perlu dihadiri untuk acara open house ! Hari ini pulak open house rumah jiran jadi tiada masa mahu membalas dan mengepos semua . Jadi pihak admin-admin The Wannababes Lover meminta maaf kepada semua pembaca setia . Okaylah , rasanya itu sahaja pada hari ini . Esok sudah sekolah , ada projek menggunung untuk Peperiksaan Akhir Tahun . Hmm..Lagi sekali , Sorry banyak-banyak ! :)

With Regrets ,
Miss Eyena

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya

Assalamulaikum pembaca-pembaca yang baik hati meluangkan masa untuk membaca blog The Wannababes ini. Miss Eye_na dan admin-admin The Wannababes Lover mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Maafkan kitorang jika cerita The Wannababes tidak begitu menyeronokkan dan tidak menepati selera pembaca sekalian. Whoopss! terlupa pula! Bagi peminat Kak AinMaisarah , Kak Ain telah mengupload kad raya di Facebook. Ini gambarnya. Cantik bukan?



Hmm..sekali lagi SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. Ini pantun dua kerat untuk pembaca:

Selamat Hari Raya saya ucapkan ,
Kepada pembaca Wannababes Lover sekalian,
Hulur tangan mohon kemaafan
Salah silap tolong informkan.
                        
With LV,

Miss Eye_na

Tuesday, September 7, 2010

Penerima Kad Raya AinMaisarah

Hi! Berjumpa lagi kita di  dalam post kali ini. Sesiapa yang mahu membaca cerita The Wannababes Versus The Fabs Girls dan tidak tahu mana tempatnya sila komen di bawah. Kali ini, Miss Eyena mahu memberitahu pembaca-pembaca blog tentang penerima kad raya AinMaisarah berdasarkan soalan survei. Ini senarai 300 orang pemenang kad raya. Kalau pembaca mata tajam , kesan di mana nama Miss Eyena berada. Selamat membaca dan mencuba! Sesiapa yang mahu tahu lebih lanjut sila ke laman Facebook AinMaisarah.

Senarai Nama Penerima:

Senarai Nama No. 1




Senarai Nama No. 2




Senarai Nama No. 3




Senarai Nama No. 4

With OneDropPerfume ,

Miss Eye_na