Sunday, September 5, 2010

The Wannababes

Hi lagi sekali pada hari yang pertama. Kali ini..mahu memperkenalkan ahli-ahli terhormat
THE WANNABABES! Hmm..Jom start gambar pertama



Gambar pertama ialah ahli THE WANNABABES yang paling ditakuti dan disegani iaitu
 FASHARINA BINTI TAN SRI HISHAM.

: Biodata :

FASHARINA merupakan anak tunggal kepada Tan Sri Hisham dan Toh Puan Sri Zazarina.
Menetap di rumah banglo tiga tingkat di Jaln Ara, Bangsar...kehidupan sebagai anak tuggal itu tentu sekali membosankan. Itu sebabnya FASHA selalu mengajak rakan-rakan THE WANNABABES yang lain supaya datang kerumahnya . Mesyuarat kumpulan pula begitu santai , kecoh-kecoh dan bersenang lenang. Itulah caranya FASHA mau melegakan hatinya yang selalu terdera kerana ibubapa selalu bergaduh setiap masa dan ketika . Kebiasaanya, mesyuarat diadakan di atas katil FASHA yang berkonsepkan royal berwarna pink




Inilah gambar ahli THE WANNABABES penggemar kucing iaitu NUR SHASHA BINTI DATO' SAIDINI.

: Biodata :

Nama penuhnya adalah NUR SHASHA binti Dato' Saidini . Namaini diideakan daripada kelakuan SHASHA ketika bayi . Sewaktu itu dia berumur 3 hari. Apabila saudara-mara mahu melawat ,
SHASHA asyik-asyik sahaja menutup mukanya . Macam malu-malu kucing . Jadi saudara memanggilnya 'shy shy baby' dan daripada perkataan 'shy shy' yang kerapkali disebut-sebut,iainya memberi ilham mencipta nama SHASHA.




Inilah gambar ahli THE WANNABABES yang paling mahir dalam bab-bab solekan iaitu NANA. 

: Biodata :

Tiada informasi yang didedahkan melainkan nama NANA yang dipanggil dengan nama NANA THE MAKEUP GURU. NANA merupakan ahli yang paling mahir dalam bab-bab solekan.




Inilah gambar ahli THE WANNABABES yang selalu mengikuti perkembangan fesyen iaitu SAZZY.

: Biodata :

SAZZY merupakan ahli THE WANNABABES yang sangat dikenali kerana sentiasa tampil hebat bergaya. Pendek kata , SAZZY adalah trendsetter dalam kumpulana THE WANNABABES!




Inilah ahli yang sentiasa mengikuti rentak trend rambut terkini iaitu NUR DIANA NAIMI.

: Biodata :

Nur Diana Naimi adalah satu-satunya ahli kumpulan THE WANNABABES yang berambut pendek.
Dia senang dan selesa berambut pendek kerana dirinya memegang jawatan ketua sorak SSB . Oleh kerana aktiviti harian DIANA adalah melonjak , terkinja- kinja dan melompat tak ingat dunia sepanjang latihan bersorak....maka dengan sebab itu Diana memilih berambut pendek . Itu membuatkan penampilannya lebih praktikal , kemas dan bergaya . Tambah lagi Diana pandai memilih potongan rambut yang sesuai untuknya.




ahli THE WANNABABES yang sentiasa menampilkan aksesori terbaru iaitu FAZURA HAZURA

: Biodata :

FAZURA HAZURA BINTI HAZIM ataupun lebih mesra dipanggil FAZ merupakan ahli THE WANNABABES yang memegang jawatn ACCESSORIES ADVISOR . Dengan jawatannya itu ,
FAZURA bertanggungjawab memastikan dirinya sentiasa mengetahui trend terkini aksesori . Jika melihat pada umur FAZ dan rakan-rakan yang mencecah 17 tahun , aksesori pilihan mereka semuanya begitu berani .




Inilah gambar terakhir ahli THE WANNABABES yang mempunyai wajah yang manis iaitu LINDA.

Ketua gosip THE WANNABABES ini mempunyai wajah paling manis . Walaupun jarang tersenyum kerana perlu mengawal diri supaya nampak mahal dan eksklusif, Lnda tetap mempunyai aura gula yang sentiasa mahu dihurung semut-semut yang menyukainya . Peminat LINDA bukan sekadar atlet , pelajar-pelajar handsome dan pekerja-pekerja kantin..malah Cikgu Ghazali yang terkenal dengan gelaran "Cikgu Ghazali Miang sejak azali" turut serta menghantar surat cinta kepada LINDA. Linda seringkali diminta biodata oleh peminat-peminatnya yang mahu mengetahui lebih lanjut tentang LINDA. Oleh kerana LINDA tidak mahu mengecewakan sesiapa, LINDA membuat satu biodata khas yang telah diberikan kepada semua peminat-peminatnya!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Hmm..begitulah biodata peribadi ahli-ahli THE WANNABABES. Rasanya dah terlanjur dah ni..Terima kasih kepada Mr.AmiruLanggar kerana telah mengupload gambar-gambar tersebut.
Jumpa esok dengan cerita:

THE WANNABABES VERSUS THE FABS GIRLS

Hmm..malam semakin larut..Jadi jumpa esok sahajalah! Okeylahh..

With Enchanteur yang masih wangi,

Miss Eye_na



5 comments: